Khamis, 11 Ogos 2011

Kenali Pondok Kita (Sejarah Penubuhan)

Pondok al-Khairiah Banggol Stol mula dibuka oleh Tuan Guru Haji Zakaria pada tahun 1953 sekembalinya beliau dari Mekkah al-Mukarramah . Tiupan semangat perjuangan Tajdid wa al-Islah yang dipelopori oleh Muhammad Abduh dan gurunya Jamaluddin al-Afghani mempengaruhi segenap sanubari dan jiwanya untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Sebagaimana dimaklumi bahawa pengaruh Muhammad Abduh ini disebarkan oleh ulamak-ulamak yang belajar di Mekah dan Mesir. Kekaguman beliau kepada perjuangan Muhammad Abduh ini mempengaruhi beliau untuk menamakan seorang anaknya dengan nama tokoh tersebut.

Pada peringkat awal pembukaanya, pusat pengajaran dan pembelajaran  pondok ini bertempat di balaisah. Tapak rumah dan balaisah ini telah diwakaf khusus kepada tuan guru Hj Zakaria oleh  datuk saudaranya yang bernama Yaakob adik kepada neneknya yang bernama Tok Mekbar. Balaisah tersebut telah dibangunkan  secara gotong royong oleh generasi awal penempatan pondok ini. Untuk menampung pelajar dan jemaah yang semakin ramai akhirnya sebuah masjid yang lebih besar didirikan di tapak tanah yang diwakafkan oleh isteri beliau Hajjah Saudah. Tapak masjid sebagai Halaqah ilmu ini masih kekal hingga kini. Kawasan di sekitar balaisah  dikhususkan  untuk  mendirikan pondok-pondok bagi pelajar perempuan manakala kawasan di sekitar masjid didirikan pula pondok-pondok untuk pelajar lelaki. Dengan terbukanya
pondok ini semakin banyak rumah-rumah dibina untuk penempatan . Akhirnya Banggol Stol menjadi tumpuan untuk dijadikan tempat tinggal.

Selepas penubuhan MAIK ( Majlis agama Islam Kelantan) pada tahun 1915, beberapa langkah telah diambil bagi memajukan sistem  pendidikan Islam di Kelantan. Antaranya ialah dengan membuka sekolah. Dalam tempoh dua dekad iaitu dari tahun 1940– 1960, persekolahan Majlis berada  di peringkat kemuncak, makmur dan gemilang. Sebagai menyahut perkembangan semasa yang berlaku, pondok  Banggol Stol telah melangkah seiring dengan perkembangan zaman. Dari asas pondok dengan sistem menadah kitab di Masjid, sebuah sekolah didirikan dan diasaskan oleh TuanGuru Haji Zakaria sendiri pada tahun 1963. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Agama Arab Khairiyyah Banggol Stol.

Sekolah ini seterusnya mengembangkan lagi kampung Banggol Stol sebagai “ Kampung Ilmu”. Ramai pelajar dari daerah-daerah berhampiran seperti Tanah Merah, Rantau Panjang , Pasir Mas dan pelajar-pelajar dari Selatan Thailand datang ke kampung ini untuk menimba ilmu. Sistem pengajian pondok masih lagi dikekalkan tetapi setelah berakhir sesi persekolahan. Gabungan sistem pondok dan persekolahan telah membentuk keperibadian sukakan ilmu dikalangan pelajar dan masyarakat setempat. Boleh dikatakan masyarakat pondok ini dibesarkan di atas  Masjid. Persekitaran yang kondusif ini menjadi pemangkin yang kuat kepada kepada lahirnya tokoh-tokoh dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang agama.

Antara murid beliau yang terawal ialah adik beliau sendiri   iaitu Allah YarhamTuan Guru Haji Muhammad Ismail bekas pensyarah UKM dan Kias, AllahYarham Haji Seman bekas Pensyarah UITM,AllahYarham Hj Mohamad Awang Kechik,Ustaz Hj Abdul Rashid Muda,Iman Muda Masjid Paya Bemban,Ustaz Hj Muhammad Awang, Ustaz Abdul  Latif Ahmad, Ustaz Ramli Ibrahim  dan lain-lain. Manakala yang terkemudian antaranya ialah Ustaz Abdullah Yaacob bekas EXCO Kerajaan
Negeri Kelantan, Dr Muhammad Fauzi b. Hj Hamat Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Asri Omar, Ustaz Azmi Musa,Ustaz Abdul Rahim,Ustaz Yusuff dan lain-lain.

Seterusnya, Pondok ini terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah pusat pengajian yang mengikut arus perdana dengan menggabungkan seluruh sistem pengajian agama dalam satu sistem yaitu tahfiz al-Quran, pengajian pondok,  Kurikulum Yayasan Islam Kelantan dan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam sistem ini, masa pelajar akan dipenuhi dengan majlis ilmu dan keperluan yang lain mengikut kemampuan masing-masing. Oleh kerana itu, pihak peneraju pondok Banggol Stol dibawah kelola Ustaz Yahya bin Hj Zakaria, sedang membina sebuah kompleks untuk memenuhi keperluan pengajian. Untuk makluman, kompleks ini dibina untuk dijadikan sebagai :
Kelas Pengajian Tahfiz dan Asrama Pelajar (pelajar sedia ada seramai 60 orang).
Pejabat Pentadbiran, Perpustakaan, Bilik Mesyuarat dan Rumah Warden
Kelas Pengajian Qiraati dan Fardu Ain (pelajar sedia ada seramai 170 orang).
Dewan serbaguna ( kulliyyah umum, majlis keraian penduduk setempat) dan kan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan